Saturday, 6 December 2014

vocaloid



kenal tak?
Ini, Miku Hatsune vokalis kumpulan vocaloid. Band 3D dari negara Jepun. Sebenarnya mereka memang popular pun.. tahap idol. Mereka adalah diantara yang saya admire. Mereka hanyalah robot.. Negara Jepun maju. Pencipta mereka adalah crypton.. haha, yang saya kenal ada beberapa orang..
-Megu
-Miku
-Rin
-Len
Saya tak ingat lagi yang lain.. banyak orang menyangka yang Rin dan Len adalah kembar tapi, mereka bukan. Crypton tak beritahu pun yang mereka kembar.. itu salah faham mereka. Megu adalah gadis ceria yang bertema hijau.
itu sahaja yang saya tahu

selamat malam,
dari blogger SweetAnavela.

Friday, 5 December 2014

kata kata blogger

terima kasih sebab view blog ini!
thankies viewers..
=) 
korang semua buat saya gembira!
saya mungkin tak tulis lagi esok hari..
Adanya blog membuatkan saya happy =) 


Dari,
blogger

Lady elizabeth

Sumimasen, sewaktu nak taip cerita itu, tiba tiba error. 
1,2,3.. ENJOY!
....................................................................................
Flashback:
Kereta kuda yang dipandu oleh pemandu Ciel meluncur laju ke sebuah bangunan kecil namun, itu merupakan sebuah rumah berupa bangunan. Dengan hanya memandang rumah itu, Ciel sudah merasakan ianya merupakan rumah yang agak pelik. Papan tanda bangunan tersebut sudah dicabut dilengkapi dengan permandangan yang agak kotor serta usang. 

"Pergi cari Elizabeth!" Ciel memandang kearah Sebastian yang baru keluar dari carriage lama itu. 

Sebastian masuk kedalam bangunan itu tanpa sebarang 
isyarat, dia segera mencari Elizabeth dengan segera..

Apabila Ciel berseorangan di hadapan bangunan itu, dia terus melihat papan tanda itu.. Tertulis perkataan 'bar', Ciel berfikir sejenak sebelum berlari masuk ke bangunan tersebut. Dia cuba mencari Sebastian, rangka tulang
serta habuk tidak menghalangnya demi Elizabeth. 

Seketika kemudian, dia berjumpa dengan Sebastian yang kelihatan tercegat dihadapan pintu sebuah bilik. 

Sunday, 16 November 2014

LADY ELIZABETH! 5

teehee..
Sudah lama tidak teruskan, ya! Pasti pembaca ternanti-nanti..
:) Action!
.............................................................................................................................
Elizabeth segera memeluk kelibat lelaki yang memasuki bilik itu tadi. Sudah agak lama dia tak berjumpa lelaki tersebut, esakan Lizzy terdengar.. Air matanya mengalir, jarang sekali Elizabeth menunjukkan air matanya. Lelaki yang mendengar esakan Elizabeth terus memeluknya dengan agak kuat, bagaikan sepasang kekasih.

"Terima kasih, Ciel.. Tapi, bagaimana awak jumpa saya?" Ujar Elizabeth dalam kehairanan selepas tangisanya redha. Setahu Elizabeth, tiada seorangpun yang nampak si penculik.

Ciel senyum segaris sebelum memberi satu isyarat rahsia kepada Sebastian menandakan bahawa Sebastian akan memberitahu cerita itu. Sebastian menundukkan badannya tanda bahawa dia faham akan perintah tuan mudannya, Ciel Phantomhive.

Saturday, 25 October 2014

LADY ELIZABETH! 4

ASSALAMUALAIKUM!

Author note:-
Sorry sebab deadline tengah tengah perkataan firasat :'< 
................................................

.... firasat Ciel mengatakan bahawa ada sesuatu yang buruk telah melanda..

Sebastian tidak mahu mengacau Ciel yang berkelakuan pelik. 
`Kring.....Kring...´ Bunyi telefon yang berada dihadapan Sebastian berdering.

Sebastian tidak teragak-agak untuk mengangkat telefon tersebut. Mata Sebastian membesar semasa Sebastian Bercakap didalam telefon. Sebastian meletakkan gagang telefon nya dengan agak kasar,Ciel terkejut melihat kelakuan Sebastian.

"Tuan Muda........ Cik Muda........... telah diculik....." Ciel pula yang terkejut sekarang, Elizabeth yang terlebih dos gembira kalah Datin - Datin yang sedang tertawa pula diculik?

"Ke carriage sekarang!" Ciel sememang nya mengambil berat terhadap Elizabeth walaupun Elizabeth suka mengacau nya.

"Yes my lord." Ungkapan biasa Sebastian terhadap Ciel telah disebut.

ELIZABETH P.O.V.

Saya seperti berada didalam sebuah bilik, terdapat katil serta meja belajar di bilik itu. Dimanakah Saya? Itulah soalan yang berlegar difikiran saya sekarang. 

Tap....tap... Bunyi tapak kaki berjalan kearah sini.. Debaran jantung terasa, seperti apakah figur yang akan keluar nanti?

Saya seperti pernah mengenali figur tersebut...

Dia Adalah.........


AUTHOR NOTE:-
:3 Hati saya bedebar walaupun sudah tahu apa yang akan berlaku 
'Dupdap....'
StayTune!

Friday, 24 October 2014

LADY ELIZABETH! 3

ASSALAMUALAIKUMWARRAHMATTULLAHIWABBARAKATUH!


Elizabeth tidak percaya yang dia dibenarkan bersekolah bersama Ciel. Dia memanggil Driver nya lalu memberitahu tempat yang dia akan pergi apabila stres atau sebagai nya. laitu Mansion Phantomhive...

Elizabeth membuka pintu Rumah Agam tersebut dengan perlahan - lahan, Rumah tersebut gelap... 

'Adakah Ciel tidak mengingati momento hari ini?' Fikir Elizabeth. Ciel tiada dirumah hari ini demi Ratu.

Elizabeth tersenyum bahagia apabila terkenang perkataan ratu, dia lebih gembira jika Ciel berkhidmat kepada Ratu dari mengingati hari ini. Dia berlari keluar dengan senyuman bahagia.

Tanpa disedari oleh Elizabeth, dua orang lelaki berpakaian serba hitam melihat Elizabeth. Dua orang lelaki tersebut tersenyum licik. Dengan pantas mereka menerkam Elizabeth dengan menyumbatkan tisu kedalam mulut Elizabeth. Dia pengsan oleh kerana tisu itu mengandungi ubat pengsan.

"Kita mesti jual budak ini!" Salah seorang daripada mereka menyuarakan pendapat. Seorang lagi disebelah nya tersenyum licik.

Ciel P.O.V.

"Kenapa kita tak menyambut hari jadi Elizabeth Tuan?" Sebastian yang agak pelik dengan kelakuan Ciel mulai bertanya.

Mata Ciel membesar, seolah olah dalam ketakutan. Ciel tidak senang duduk, firasat 


Thursday, 23 October 2014

LADY ELIZABETH! 2

ASSALAMUALAIKUM  W.B.T.

akibat Elizabeth tidak menjaga adab nya. Sepatut nya Elizabeth menanyakan khabar dahulu.

"Erhemm Lizzy... Adab."ibu nya turut berdehem untuk menarik perhatian Elizabeth. Dia tak mahu puteri nya tidak beradab.

Elizabeth memuncungkan mulut. Dia memang pantang dinasihati. Biasalah, anak manja kan?

"Lizzy nak tahu cerita gembira tak?" Rupa Ibu nya seperti sudah tidak sabar untuk memberitahu cerita itu.

Elizabeth hanya mengangguk, inilah 'habit' dia apabila selepas dinasihati.

"Sebenar nya Lizzy, Lizzy sudah dipilih memasuki Academy Le Royale' bersama Ciel" Ibu nya mengenyitkan mata kepada Elizabeth apabila diberitahu fasal Ciel 

Elizabeth yang tadi marah kini sudah gembira. Alangkah indah nya.. Setiap hari dengan Ciel...

"Esok kamu bersiap ke sekolah" Ibu nya melangkah masuk ke bilik nya sambil membuat isyarat 'Bye Bye' 

To Be Continue:~ 

Wednesday, 22 October 2014

LADY ELIZABETH!

ASSALAMUALAIKUM!

'Kringgggggg...' Jam di sebelah katil puteri milik Elizabeth mulai berdering. Elizabeth dengan  pantas mulai membuka langsir yang berwarna merah jambu persis warna baju tidur nya.

"Kyaa, Lady! Biar saya yang buat!" Elizabeth memerhati Maid nya sambil tersenyum. Sememang nya dia seorang yang baik.

"Belle, saya pun pandai buat sendiri.." Maid nya yang bernama Belle mulai terharu, tidak sia sia dia memilih Midford Mansion sebagai tempat kerja nya.

"Err, Lady Elizabeth.. Cik Puan panggil.." Elizabeth melangkah keluar dengan pantas, Oh Mommy tersayang sudah balik dari Paris!

"Mommy! Ada beli barang untuk saya tak?" Itulah perkataan perama terpacul dari mulut Elizabeth apabila dia berhadapan dengan ibu nya. Ibu nya terkebil kebil apabila 

To Be Continue :D


Lady Elizabeth (Sips.)

:3 nampak nya Saya tak on sangat :( 

I want to Repost :) ->
LADY ELIZABETH! Kuroshitsuji anime ;) 

Saya tengok Ciel dan Elizabeth sweet sangat =) 
Tapi, saya tak pernah baca Fanfic Kuroshitsuji CielXElizabeth..

WATAK WATAK:-

Elizabeth Midford 

Ciel Phantomhive 

WATAK WATAK TAMBAHAN MENGIKUT PENULIS :)


Sipnosis?

Elizabeth baru bersekolah di Academy Le Royale', Elizabeth merupakan seorang perempuan yang comel dan sentiasa Ceria. Banyak lelaki menyukai Elzabeth, mereka tak tahu tentang FianceƩ Elizabeth merupakan Ciel.

Ciel mulai kelihatan cemburu dengan lelaki yang menyukai Elizabeth Midford. 

Pada suatu hari, Takazuki telah berjumpa dengan Elizabeth. Takazuki yang terkenal disekolah tersebut mulai jatuh cinta dengan Elizabeth. Ciel pula merupakan musuh Takazuki nombor 1.


Dapatkah Ciel merampas kembali Elizabeth? Saksikan post seterus nya :D..


Saturday, 27 September 2014

pengenalan diri

Hi dan Asalamualaikum semua!!
perasan tak, inilah post pertama saya!!

Saya Akan post setiap hari tau!
Saya seorang KPoppers dan otaku 

Mesti rakan rakan saya tak percaya yang saya seorang kpopper!
Otaku? Tak tau apa maksud otaku? 

Otaku ialah orang yang menyukai anime/manga 
Terdapat beberapa pecahan di dalam otaku 

-gamers 
-cosplay 
-Anime/manga 
-Action figure 

link dibawah adalah akaun Facebook saya!!https://m.facebook.com/mysarahstarz.novela?_rdr

ohh setakat itulah saja! Bye²